Tuesday, December 28, 2010

4 BAHAN PENYEBAB KETAGIHAN...

Bayangkan, beberapa hari yang lepas anda sedang menikmati satu hidangan yang enak di sebuah restoran. Sejak dari hari itu, teringin pula untuk menikmati menu yang sama setiap hari. Entah kenapa, seakan ada sesuatu yang membuat tiba-tiba ketagihan tersebut. Kenapa agaknya ya? Mengidam ke?? Hehe.
Sebenarnya tanpa kita disedari, bahan-bahan yang kita makan sebenarnya mengandungi bahan  yang boleh menyebabkan ketagihan (bukan macam penagih dadah). Kebanyakan makanan kegemaran kita itu mengandungi bahan perisa tambahan yang membuat kita ketagihan.
Tentu sahaja hal ini berbahaya kerana boleh membuatkan nafsu makan kita tidak terkawal macam biasa, seterusnya tidak dapat mengawal kenaikan berat badan. Ikuti beberapa jenis bahan-bahan yang sering ditambahkan ke dalam makanan kita yang boleh membuatkan kita ketagihan makanan tersebut.

Ada empat bahan asas yang terdapat dalam setiap makanan harian kita iaitu:
  • Sodium Nitrit.
Bahan kimia ini berfungsi untuk mengawet, memberi warna dan memberi rasa pada makanan olahan terutamanya daging dan ikan salai. Ia bukan hanya boleh membuatkan seseorang itu ketagihan tetapi juga boleh meningkatkan risiko kanser
  • BHA dan BHT
Butylated hydroxyanisole (BHA) dan Butylated hydroxyanise (BHA) dan Butylated hydrozyttoluene (BHT) adalah antisidan untuk mencegah makanan yang diletakkan di dalam kemasan daripada berbau tengik dan berminyak. Bahan kimia ini sering didapati pad makanan seperti bijirin , gula-gula getah, kerepek, kentang, dan minyak sayur dan hampir semua bahan mentah berbungkus.
  • Propyl Gallate
Propyl Gallate juga merupakan diantara bahan pengawet yang dimasukkan  didalam makanan yang dibungkus didalam kemasan. Fungsinya sama seperti  BHA dan BHT, dan ia sering digunakan bersama-sama. Bahan-bahan ini banyak pada produk seperti daging olahan, gula-gula getah dan sebagainya.
  • Monosodium Glutamate.
Monosodium Glutamate (MSG) ini begitu sinonim sekali dalam masakan. Sering digunakan sebagai penyedap masakan, MSG mengandungi zat tambahan yang boleh membuatkan kita ketagihan terhadap makanan yang ditambahkan perisa ini.
Pada sesetengah orang pula,  ia boleh menimbulkan gejala alahan seperti sakit kepala dan mual.

Bahan pengawet ganggu fungsi jantung.
  • Garam dan  bahan kimia pengawet yang digunakan didalam daging olahan boleh meningkatkan risiko penyakit jantung sehingga 50 peratus dan juga mengalakkan perkembangan diabetis.
  • Pengkaji, dari Amerika Syarikat mengatakan, garam dan bahan kimia pengawet didalam daging olahan akan menganggu kesihatan jika produk tersebut diambil banyak.
  • Didalam kajian yang lain pula, pengkaji dari hardvard School of Public Health menganalisis kebiasaan mengambil daging. Hasilnya, bukan daging yang tidak sihat tetapi kandungan garam dan bahan kimia pengawet digunakan didalamnya boleh meningkatkan tekanan darah dan seterusnya mendorong meningkatkan risiko gangguan sakit jantung.
Penggunaan BIOzone Food Purifier boleh menyingkirkan bahan-bahan kimia ini....

CEGAH Sebelum PARAH!!!......makanan harian kita TIDAK SELAMAT lagi......

No comments:

Post a Comment

Mugkin Anda Sukakan ini:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...