Sakit belakang...selalu kita mendengar keluhan macam ni....sakit begini kerap dialami oleh kebanyakkan orang dewasa samada sakit sedikit atau teruk. Struktur dan fungsi tulang belakang menyebabkan bahagian belakang lebih cenderong mengalami kesakitan atau kecederaan. Sebenarnya, tulang belakang kita adalah gabungan 33 potong tulang vertebrae berasingan yang dipisahkan oleh pelapik kartilej bolehsuai yang dipanggil 'disc' atau piring. Ia dikelilingi dan disulami dengan ligamen, otot, dan saraf. Sakit belakang boleh terjadi bila berlaku pergerakan yang salah atau secara tiba-tiba, terlalu banyak tekanan bebanan apabila membawa atau mengangkat barang berat, atau posisi badan yang lemah. Walaupun biasanya masalah ini tidak serius dan boleh diatasi dengan mudah namun kadang kala ianya boleh disebabkan oleh penyakit atau kecederaan yang terjadi pada tulang belakang, atau bagi sesetengah kes yang jarang berlaku iaitu penyakit pelvik dan abdomen seperti batu karang dan jangkitan.
TANDA-TANDA Sakit atau sengal pada bahagian belakang, biasanya pada bahagian pinggang dan bawah pinggang.
SEBAB-SEBAB
- Kecederaan otot, seperti:
* Bentuk badan yang lemah - disebabkan oleh otot abdomen dan belakang lemah, postur
yang lemah, terlalu lama duduk, berdiri atau membongkok dan kurang bersenam.
yang lemah, terlalu lama duduk, berdiri atau membongkok dan kurang bersenam.
* Kecederaan - hasil daripada pergerakan secara tiba-tiba atau terlalu kuat, atau cara yang
salah mengangkat barang berat.
salah mengangkat barang berat.
* Kekejangan - disebabkan oleh stres atau tekanan.
- Terdapat penyakit tulang, sendi atau penyakit-penyakit lain seperti arthritis atau ketumbuhan.
- Kegemukan yang mana memberi bebanan kepada tulang belakang.
- Kasut bertumit tinggi, yang mana menolak pinggang kehadapan dan meletakkan bebanan berlebihan ke atas bahagian bawah belakang.
- Bagi wanita , sakit belakang terjadi ketika sebelum atau semasa haid.